IKKL dijangka ke paras 1,000 mata

KUALA LUMPUR 15 Okt. - CIMB Principal Asset Management (CIMB Principal) mengunjurkan Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) kembali berada pada paras 1,000 mata menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Pelaburannya, Raymond Tang berkata, unjuran itu berdasarkan kepada keadaan pasaran tempatan kurang merasai impak daripada krisis kewangan global.

”Saya berpendapat pasaran tempatan kurang turun naik meskipun ia kini menunjukkan aliran menurun, tetapi saya rasa terlalu awal untuk menjelaskan risiko impak yang akan dirasai pada masa depan (ekoran krisis tersebut),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan taklimat bertajuk, ‘Bagaimana melabur di pasaran yang sukar’, di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Eksekutif CIMB Principal, Datuk Noripah Kamso.

Raymond menjelaskan, ketidakstabilan pasaran tempatan semasa bukan disumbangkan oleh dasar pasaran yang lemah tetapi sikap pelabur yang terlalu cepat panik dan berasa bimbang dengan persekitaran semasa.

”Ini bukan masa untuk bersikap panik tetapi perlu bijak bertindak dengan membuat keputusan dalam melabur.

”Namun, pelabur perlu memahami bahawa melabur di dalam pasaran saham telah menunjukkan bukti bahawa setiap kali ia menurun maka ia akan naik, daripada situ, keuntungan boleh diperolehi,” katanya.

Sementara itu, Noripah mencadangkan kepada pelabur supaya memberikan tumpuan kepada portfolio pelaburan bertempoh tiga hingga lima tahun dan sentiasa mengamalkan sikap suka menabung secara tetap meskipun pada kadar minimum RM100 sebulan kerana ia lebih murah, selamat dan menguntungkan.

”Perbuatan melabur dengan jumlah wang yang banyak dan kemudian tidak berbuat apa-apa terhadapnya adalah satu tindakan pelaburan yang tidak tepat,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Noripah turut mencadangkan lapan dana induknya yang telah diperkenalkan di pasaran sebelum ini untuk dijadikan pilihan oleh pelabur dalam keadaan persekitaran yang sukar ini.

Menurutnya, dana-dana tersebut mudah difahami dan dilaburkan serta memiliki portfolio yang luas serta dibahagi kepada dua segmen iaitu dana berasaskan syariah dan juga dana konvensional.

Empat dana berasaskan syarikat itu ialah CIMB Islamic DALI Equity Growth Fund, CIMB Islamic DALI Equity Fund, CIMB Islamic Balanced Growth Fund dan CIMB Islamic Balanced Fund.

Dana konvensional pula ialah CIMB-Principal Equity Fund, CIMB-Principal Equity Growth & Income Fund, CIMB-Principal Balanced Fund dan CIMB-Principal Bond Fund.

Petikan Utusan Malaysia 16 Oktober 2008.

Usah Cepat Panik

Momentum semasa yang perlahan di bursa tempatan bukan kerana kelemahan fundamental, tetapi lebih kepada sentimen pelabur yang panik dan mereka dinasihatkan bertahan buat sementara waktu.

Ketua Pegawai CIMB-Principal Asset Management Berhad (CIMB-Principal), Raymond Tang, berkata ketika kemelesetan teruk, bursa tempatan tidak menjunam seperti yang berlaku pada pasaran serantau lain.

“Pasaran Malaysia turun kurang berbanding negara jirannya. Jika and melihat sepanjang 2 minggu lalu, bursa tempatan susut antara enam dan tujuh peratus berbanding negara jiran yang turun hingga 20-30 peratus.

‘Yang pasti, apabila pasaran mencatat rali, kita tidak naik banyak. Menurutnya, pasaran tempatan sudah mengambil kira impak kemelut kewangan di Amerika Syarikat dan berpendapat pasaran Malaysia kurang mudah berubah, tetapi terlalu awal untuk menilai sama ada ia berada di paras rendah. Oleh itu katanya, bukan masa untuk panik, tetapi masa untuk membuat keputusan pelaburan bijak kerana terbukti apabila pasaran rendah, ia akan memantul dan keuntungan akan diperoleh.

“Bertahanlah buat sementara kerana keseluruhan pasaran kini huru hara. Teroka situasi dan jangan terlalu panik. Mereka yang mempunyai pemikiran yang lebih jelas (objektif) akan memperoleh keuntungan berbanding yang panik” katanya pada taklimat mengenai melabur dalam pasaran yang sukar sekarang di Kuala Lumpur, semalam.

Sementa itu, Ketua Pegawai Esekutif CIMB-Principal, Datuk Noripah Kamso, menasihatkan pelaburnya supaya melabur dan mengekal dana jangka panjang terutama Flagship Fund; atau Dana teras yang terdiri dari empat Dana teras yang terdiri dari empat dana konvensioanl dan empat dana islam, sekurang kurang bagi tempoh tingga hingga lima tahun dalam keadaan pasaran sekarang.

Menurutnya, dalam keadaan tidak ketentuan pasaran semasa, pelabur harus mengekalkan pelaburan mereka dan tidak bertindak panik dengan menjualnya semula kerana langkah itu menyebabkan kerugian.

Article - Hatipah Ahmad, Bisnes H.Metro.

Bacaan Lain :

p/s :Berminat untuk melabur boleh hubungi saya Murtaza Osman. Tel - 019-3649613 atau email moginfo@murtazaosman.com

Ramai tiada dana kewangan untuk hari tua - Kajian

Ramai tiada dana kewangan untuk hari tua - Kajian

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Kajian Sikap Simpanan Pengguna Aviva 2008 yang dijalankan CIMB Aviva mendapati hanya 14 peratus daripada 1,000 responden yang terlibat memiliki dana kewangan mencukupi untuk bersara.

Menurut CIMB Aviva, meskipun 94 peratus daripada responden di Malaysia memiliki simpanan, 35 peratus insurans nyawa dan 23 peratus unit amanah tetapi jumlah itu tidak menterjemahkan mereka memiliki simpanan yang cukup untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak diduga.

Situasi itu sekali gus menunjukkan aliran perkembangan yang membimbangkan terhadap persediaan kewangan di kalangan rakyat Malaysia, katanya.

CIMB Aviva berkata, berdasarkan kajian itu, sebanyak 53 peratus responden menyifatkan mereka perlu bekerja lebih daripada usia persaraan untuk memastikan mereka berupaya menjalani kehidupan yang selesa.

”Walaupun 63 peratus responden yang terlibat dalam kajian itu mengakui simpanan dan pelaburan merupakan kunci utama kepada persaraan yang selesa tetapi hanya 14 peratus yakin mereka mempunyai dana yang cukup menjelang persaraan.

”Manakala 64 peratus lagi melahirkan kebimbangan tidak memiliki dana yang mencukupi untuk bersara,” kata Pengarah Pemasaran CIMB Aviva Malaysia, Andi McLennan dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, berikutan itu CIMB Aviva akan meneruskan kempen dan pendidikan bagi pertumbuhan kewangan sementara memanfaatkan daripada ketentuan kritikal dalam modal dan perlindungan nyawa bagi pasaran Malaysia.

Bagi menyokongnya, CIMB Aviva telah melancarkan CIMB Islamic Market Select, sebuah dana perlindungan modal patuh syariah yang akan dilaburkan di 17 negara, termasuk negara membangun dan negara-negara ekonomi baru muncul seperti Amerika Syarikat (AS), Europah, Jepun, China, India, Malaysia, Russia, Brazil dan Vietnam.

McLennan berkata, pelabur dalam dana itu turut diberi perlindungan takaful dengan pembayaran maksimum 125 peratus bagi pelaburan tunggal sekiranya pelabur meninggal dunia sebelum pelaburan mereka matang.

Dengan CIMB Islamic Market Select, para pelabur juga boleh akses kepada pelbagai portfolio pelaburan global serendah RM25,000 dan ia memastikan modal mereka dilindungi sehingga matang.

CIMB Islamic Market Select memperuntukkan pulangan purata tahunan sebanyak 16.5 peratus dan 23.6 peratus bagi pelan pelaburan antara tiga dan lima tahun, iaitu potensi pulangan lebih tinggi daripada akaun simpanan tetap.

« Previous Page