IKKL dijangka ke paras 1,000 mata

KUALA LUMPUR 15 Okt. - CIMB Principal Asset Management (CIMB Principal) mengunjurkan Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) kembali berada pada paras 1,000 mata menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Pelaburannya, Raymond Tang berkata, unjuran itu berdasarkan kepada keadaan pasaran tempatan kurang merasai impak daripada krisis kewangan global.

”Saya berpendapat pasaran tempatan kurang turun naik meskipun ia kini menunjukkan aliran menurun, tetapi saya rasa terlalu awal untuk menjelaskan risiko impak yang akan dirasai pada masa depan (ekoran krisis tersebut),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan taklimat bertajuk, ‘Bagaimana melabur di pasaran yang sukar’, di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Eksekutif CIMB Principal, Datuk Noripah Kamso.

Raymond menjelaskan, ketidakstabilan pasaran tempatan semasa bukan disumbangkan oleh dasar pasaran yang lemah tetapi sikap pelabur yang terlalu cepat panik dan berasa bimbang dengan persekitaran semasa.

”Ini bukan masa untuk bersikap panik tetapi perlu bijak bertindak dengan membuat keputusan dalam melabur.

”Namun, pelabur perlu memahami bahawa melabur di dalam pasaran saham telah menunjukkan bukti bahawa setiap kali ia menurun maka ia akan naik, daripada situ, keuntungan boleh diperolehi,” katanya.

Sementara itu, Noripah mencadangkan kepada pelabur supaya memberikan tumpuan kepada portfolio pelaburan bertempoh tiga hingga lima tahun dan sentiasa mengamalkan sikap suka menabung secara tetap meskipun pada kadar minimum RM100 sebulan kerana ia lebih murah, selamat dan menguntungkan.

”Perbuatan melabur dengan jumlah wang yang banyak dan kemudian tidak berbuat apa-apa terhadapnya adalah satu tindakan pelaburan yang tidak tepat,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Noripah turut mencadangkan lapan dana induknya yang telah diperkenalkan di pasaran sebelum ini untuk dijadikan pilihan oleh pelabur dalam keadaan persekitaran yang sukar ini.

Menurutnya, dana-dana tersebut mudah difahami dan dilaburkan serta memiliki portfolio yang luas serta dibahagi kepada dua segmen iaitu dana berasaskan syariah dan juga dana konvensional.

Empat dana berasaskan syarikat itu ialah CIMB Islamic DALI Equity Growth Fund, CIMB Islamic DALI Equity Fund, CIMB Islamic Balanced Growth Fund dan CIMB Islamic Balanced Fund.

Dana konvensional pula ialah CIMB-Principal Equity Fund, CIMB-Principal Equity Growth & Income Fund, CIMB-Principal Balanced Fund dan CIMB-Principal Bond Fund.

Petikan Utusan Malaysia 16 Oktober 2008.

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

No Comments

Leave a reply